Jumaat, 19 Oktober 2012

Penyakit Asma

Penyakit asma atau lelah ada satu penyakit yang ramai juga orang yang menghadapinya. Sesetengah orang sakit asma ini terjadi pada ketika kanak-kanak dan ada juga terjadi semasa dewasa.
Dahulu saya juga adalah salah seorang pesakit asma. Sakit asma akan menyerang saya apabila saya makan makanan yang berperisa seperti minuman dalam kotak. Tetapi saya makan aiskrim tidak mengapa. Menurut doktor, sakit ini datang disebabkan alahan dari beberapa faktor kerana setiap pesakit mempunyai alahan yang berbeza. Antara faktor-faktor asma ialah:
  1. Persekitaran - ramai pesakit asma sangat sensitif apabila terdedah kepada cuaca yang sejuk. Bagi ibu bapa yang anaknya mengidap asma jangan memasang kipas angin terus kepada pesakit walaupun semasa dia sihat. Biarkan kipas itu berputar-putar. Angin yang dihasilkan oleh kipas adalah kuat dan menyebabkan pernafasan terganggu dan menyebabkan penat boleh terjadi. Perkara ini terjadi pada anak saya sendiri, jika kipas dipasang kuat dan menghala kepadanya, dia akan mula batuk-batuk. Bagi pesakit asma batuk adalah punca asma akan menyerang. Pesakit asma juga perlu menjauhi diri daripada orang yang sakit batuk.
  2. Pemakanan - Sesetengah pesakit asma sangat sensitif pada benda yang sejuk seperti minuman sejuk dan ais krim. Jika anda alah kepada benda ini cuba elakkan. Kadang-kadang minuman biasa pun boleh menyebabkan asma, oleh itu pesakit asma digalakkan minum minuman suam. Makanan berperisa terutamanya makanan ringan seperti snek-snek mengandungi banyak bahan-bahan yang sensitif untuk pesakit asma. Buah-buahan juga boleh mengundang kepada penyakit asma terutama buah yang sejuk seperti tembikai, rambutan, jambu air dan mata kucing.
  3. Bersukan atau bermain - Sesetengah pesakit asma, asma akan menyerang ketika dia bermain. oleh itu, pesakit asma perlu berhati-berhati semasa melakukan aktiviti sukan. Semasa sekolah saya mempunyai  sakit asma, apabila saya bermain saya tiada masalah dan merasa pernafasan lebih selesa begitu juga kepada anak saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan