Ahad, 14 Oktober 2012

Mahir Sifir

Malam ini tiba-tiba teringat masa mengajar matematik, ramai pelajar terutamanya pelajar melayu lemah matematik kerana tidak mengingati sifir. Pengamalan saya, semasa mengajar tentang sesuatu tajuk, kebanyakan pelajar faham, diberi contoh mereka boleh mengikutinya. Tetapi apabila soalan diubah sedikit pelajar-pelajar mula gelabah dan kiraan yang dibuat salah atau mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya.
Sifir sebenarnya perlu dihafal atau diingati dengan beberapa teknik yang telah diajar oleh guru di sekolah. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan dalam bidang masing-masing. Kelemahan yang ada perlulah diperbaiki dengan memperbanyakkan latihan dan menggunakan kaedah yang betul untuk menguasainya. 
Saya mengajar di sekolah menengah dan mendapati kebanyakan pelajar lemah matematik berpunca dari tidak ingat sifir. Apabila ditanya sifir yang susah mereka terus berkata tak ingat atau tak tahu. Sebenarnya mereka ini malas hendak berfikir dan mengira. 
Pernah saya menguji pelajar kelas belakang disebuah sekolah, langkah pertama saya menyuruh mereka menyelesaikan soalan operasi tambah. semua pelajar tidak mempunyai masalah malah memperlekehkan soalan yang diberi " senang saja cikgu". selepas itu diberi pula soalah operasi tolak... 3/4 boleh menjawab dengan baik.
Langkah ke tiga saya menguji soalan darab dalam bentuk lisan, pelajar hanya perlu menulis jawapan sahaja apabila soalan diberi secara lisan. Semua pelajar menggelabah, ada yang tidak menulis jawapan, ada yang salin soalan yang saya baca dan ada yang nak tunjukkan pandai rujuk sifir yang ada pada belakang buku latihan. 
Di dalam kelas tersebut ada seorang pelajar yang lemah dan membaca tidak lancar. Setiap minggu dia menolong bapa saudaranya berniaga bawang di pasar pagi. Semasa di tanya soalan sifir tadi dia tidak menjawab tetapi saya bertanya kepadanya dalam situasi jual beli. Saya bertanya kepadanya berapakah harga bawang besar sekilo, bawang kecil sekilo." berapa ringgit kah jika membeli 3 kilo bawang besar dan 2 kilo bawang kecil". sekejap saya dia memberi jawapan yang tepat.
Ini bermakna sifir boleh dilatih dengan mendedahkan ia dengan kehidupan hari dan dijadikan sebagai amalan. Contohnya:-
1. Semasa membeli barang di kedai atau pasaraya, setiap barang yang diambil dikira jumlahnya secara congak walaupun hanset ada kalkulator. Dengan cara ini kita dapat belajar mengira secara pantas dan tepat. bagi ibu bapa masa ini mereka boleh melatih anak mereka mengira. Selain itu, dengan mengira bersama dapat mengelakkan kita ditipu, terutama semasa membeli barang yang ditimbang. sesetengah peniaga meletakkan harga sesuka hati.
2. Semasa memandu ibu bapa boleh menguji anak-anak dengan menambah atau mendarab nombor plat kenderaan, mengira jumlah kilometer dan sebagainya.
3. Semasa di rumah, semasa bersama anak-anak ibu selalu menguji anak-anak dengan sifir secara sepontan. ini akan melanjarkan pengiraan anak-anak semasa menjawab soalan matematik. Jika ibu bapa tidak ingat sifir juga, mereka boleh melihat sifir dan menyoalkan kepada anak-anak. Kaedah ini diulang-ulang sehingga anak mengingati sifir dengan pantas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan