Rabu, 4 Disember 2013

Jambu air

Kebetulan 5 tahun lepas pergi ke Pasar Siti Katijah, Kelantan. Tengok ada orang jual pokok jambu air madu. Katanya pokok datang dari Thailand, betul kot sebab dia tak pakai medium tanah, dia pakai sabut. Sebelum ni memang dok cari, tapi tak sungguh-sungguh dan takut spesis tak sama. Kebetulan pokok tu ada buah. maka saya beli lah 2 pokok.
balik rumah terus tanam, sepokok tanam pada tanah bekas pokok manggis mati dan lagi satu tanam atas tanah pasir. Memang nampak tumbesarannya tak sama. yang tanah pasir tumbesarannnya lambat. yang tanam dekat lubang yang bubuh tanah merah memang cepat membesar. cukup dua tahun di tanam pokok pun mula berbuah, alhamdulillah hasilnya seperti buah yang beli R&R tapah. nanti saya upload gambar.
Buah jambu air ini sangat sensitif, terutamanya serangan lalat buah. Untuk menghindar lalat buah menyengat dan bertelur, buah haruslah di balut dengan plastik jernih. Buah yang di balut, akan menghasilkan buah yang besar dan berkualiti. Racun  serangga perlu disembur untuk membunuh lalat buah.
Sebelum ini saya memasang perangkap lalat buah, hasilnya alhamdulillah, tetapi kelihatan lalat buah masih merayap2 di sekitar pokok. Betul juga menurut penjual racun, perangkap yang dipasang seolah-olah memanggil lalat buah. Senang cerita sembur racun, semua mati, tapi awas tempoh semburan mestilah beberapa hari sebelum menuai.