Selasa, 22 April 2014

Papan tanda

Masa zaman remaja dulu rajin jugak beli sticker, pastu potong  buat nombor plate, lekat kat motor, buat kartun cupin.
Hari kebetulan berjumpa dengan seorang cikgu ini tengah dok potong acrilic, tanya dia buat apa.. dia cakap nak buat sign board. Saya tanya dia macam mana nak buat. dia pun cerita macam mana nak buat.
aku pun pergi la cari acrilic, tanya banyak kedai tak jual. tergendala la nak buat benda ni.
baru-baru ni jumpa kawan, dia mengajar subjek mpv seni reka tanda, dia bagitau benda ni ada jual kat mana.
aku pun pergi la kedai tu, mahal rupanya acrilic ni, aku pun beli lah sekeping yang bersaiz 4 x 3..... 
cubalah buat dan ini lah hasilnya......


Bag Jahit Sendiri

Bila-bila ada masa saya akan kongsikan cara menjahit bag sendiri

baju melayu dan baju kemeja

Alhamdulillah.... aku telah menamatkan kursus jahitan pakaian lelaki .
sekarang ni dah boleh buat baju melayu sendiri dan anak-anak.
Seronok rupanya menjahit ni.

 bila sudah asas menjahit kita boleh lah cuba-cuba jahit baju fesyen lain pulak. sekarang nak belajar mudah, cari saja kat internet semua ada. yang penting tahu nak lukis pola

masa belajar buat seluar baju melayu, ni saja nak try buat seluar slack sendiri, heheheh

Mesin Jahit

Belajar menjahit, tetapi mesin jahit pun tak ada. dok fikir nak beli mesin macam mana, ingatkan nak beli mesin biasa yang warna putih tu, tetapi masa belajar guna mesin indusri, memang laju.
keputusan dah dibuat untuk membeli mesin indutri, cikgu cakap beli je yang second hand, sebab katanya lagi tahan. mesin yang ada 3 biji kat rumah dia semua second hand dan jenih yang lama punya( warna gold).
katanya mesin baru kebanyakannya buat china dan takut tak tahan. yang penting nak beli mesin jahitannya cantik.
Aku pun pi la dengan cikgu servey 2 buah kedai, tokey tu nak bagi RM 800 model singer, aku minta kurang dia tak bagi dah. aku pi survey kedai lain pulak, lagi mahal dan jenama x berapa kenal. Sejak hari baru tahu mesin jahit ada banyak jenama contohnya singer, juki, brother, pegasus, yakashima.
Mesin jahit pulak ada macam-macam jenis, setiap jenis ada kegunaannya tersendiri seperti jahit biasa, jahit tepi, jahit kulit, tebuk butang, jahit butang, jahit tepi halus, jahit jersey.
Aku kembali ke kedai yang mula tadi dan ambil terus mesin tu, walupun pun second hand, tapi kedai bagi warranty 1 tahun. hebat kedai ni, kata jadi saja, dia terus angkat mesin naik van. aku sampai rumah, dia pun sampai jugak walaupun ikut jalan yang tak sama sebab pi hantar sifu dulu.
kalau sesiapa yang bercadang nak beli mesin jahit baju, lebih baik terus beli mesin industri, sebab dia lasak.

Belajar menjahit Baju Melayu

Lama sudah tidak menulis di blog ni... hari ini saya ingin berkongsi tentang hobi baru saya. Minat untuk belajar menjahit baju telah lama ada. tetapi tidak ada guru yang ingin mengajar. Pernah juga tanya kat kedai -kedai jahit, untuk belajar menjahit... tapi macam-macam alasan yang diberi oleh tukang jahit dan ada yang nak ajar perempuan, segan lah pulak.
Tahun lepas, lepas sebulan hari raya, isteri saya sesaja tanya kawan dia untuk belajar menjahit. Kawan dia telefon kawan dia tanya. Maka kawan dia pun bersetuju dan memberi nombor telefon tukang jahit tersebut.
Semangat betoi ada orang yang sudi nak ajar menjahit. Perjumpaan bersama guru pun bermula, dia suruh beli alat-alat untuk menjahit, gunting, pembaris.

mula-mula cikgu ajaq ukur badan.
 lepas tu belajar lukis pola terus pada kain.
lepas tu potong.
(belajar potong sampai pandai)
hajat di hati memang tak sabar nak menjahit.
baju pertama yang aku jahit dengan bantuan cikgu
macam x percaya aku dah boleh menjahit.. hehhehehe





Rabu, 4 Disember 2013

Jambu air

Kebetulan 5 tahun lepas pergi ke Pasar Siti Katijah, Kelantan. Tengok ada orang jual pokok jambu air madu. Katanya pokok datang dari Thailand, betul kot sebab dia tak pakai medium tanah, dia pakai sabut. Sebelum ni memang dok cari, tapi tak sungguh-sungguh dan takut spesis tak sama. Kebetulan pokok tu ada buah. maka saya beli lah 2 pokok.
balik rumah terus tanam, sepokok tanam pada tanah bekas pokok manggis mati dan lagi satu tanam atas tanah pasir. Memang nampak tumbesarannya tak sama. yang tanah pasir tumbesarannnya lambat. yang tanam dekat lubang yang bubuh tanah merah memang cepat membesar. cukup dua tahun di tanam pokok pun mula berbuah, alhamdulillah hasilnya seperti buah yang beli R&R tapah. nanti saya upload gambar.
Buah jambu air ini sangat sensitif, terutamanya serangan lalat buah. Untuk menghindar lalat buah menyengat dan bertelur, buah haruslah di balut dengan plastik jernih. Buah yang di balut, akan menghasilkan buah yang besar dan berkualiti. Racun  serangga perlu disembur untuk membunuh lalat buah.
Sebelum ini saya memasang perangkap lalat buah, hasilnya alhamdulillah, tetapi kelihatan lalat buah masih merayap2 di sekitar pokok. Betul juga menurut penjual racun, perangkap yang dipasang seolah-olah memanggil lalat buah. Senang cerita sembur racun, semua mati, tapi awas tempoh semburan mestilah beberapa hari sebelum menuai.

Khamis, 14 November 2013

menjahit

Lama sudah tidak menjenguk ke blog ni, kerana kesibukan. Sekarang dapat hobi baru pula, iaitu menjahit. seronok jugak menjahit. sanggup malam2 pergi berguru untuk mendapat ilmu menjahit baju lelaki.