Khamis, 28 Mac 2013

Origami Cube (kotak)

Rasanya origami modular yang paling senang nak buat, kalau cikgu-cikgu sekolah nak ajaq murid-murid buat kotak guna origami ni.
sediakan 6 keping kertas berbentuk segi empat sama yang sama saiz

langkah pertama lipat seperti di atas...... dan langkah-langkah seterusnya



ok .... sudah siap satu... Ulangi langkah ini untuk mendapat lagi 5

siap... susun kertas -kertas yang dilipat tadi sehingga menjadi sebuah kotak seperti di bawah.... pandai-pandailah selit-selit. Selamat mencuba

Khamis, 21 Mac 2013

Origami Bintang

Jom cuba buat origami bintang ni.... buat pelan-pelan dan bersabar... pasti jadi..
1) Mula-mula sediakan 6 keping kertas berbentuk segi empat sama

2) lipat kertas tersebut seperti di atas

3)ulangi lipatan bucu lagi satu

4) buka semula lipatan dan lipat seperti di  atas, pastikan lipatan kemas dan tepat

5) lipat sekali lagi seperti di atas

6) ulangi langkah 5, supaya kelihatan seperti di atas

7) buka semula lipatan tadi 

8) ulangi langkah 4 - 7, bagi arah yang bertentangan


9) buka semula lipatan dan hasilnya seperti di  atas

10) Proses membentuk bermula, lipat kesemua bucu supaya kelihatan seperti gambar di atas

11) tekan bahagian tengah, dan tolak bahagian tepi supaya kertas tersebut berbentuk seperti di atas



13) tekan salah satu bahagian seperti  di atas

14) Ulangi langkah 13, pada bahagian yang bertentangan, dan hasilnya seperti di atas

15) Inilah hasilnya, ulangi langkah 2 -14, untuk  baki 5 keping .

16) inilah hasilnya.... masa untuk menyambung

17) untuk memudahkan pemahaman, bahagian yang berbentuk  segi empat sama kita kenali sebagai jantan dan bahagian yang berbentuk trapezium dikenali sebagai betina. Petuanya mudah sahaja, anda perlu memasukkan jantan ke dalam betina.

18) Inilah hasilnya

19) bucu betina perlu dilipat dan diimasukkan ke bahagian  jantan, supaya  ia terkunci

20) Inilah hasilnya

dari pandangan atas

21) ulangi langkah 17 - 19, untuk bahagian yang bertentangan

Ini lah hasilnya
22) Padankan kesemua 6 keping kertas tadi sehingga jadi bentuk ini. denga menggunakan  petua pada langkah 17. Tak jadi bintang pun......... sabarrrrrrrrr.... nak siap dah ni

23) Lipat macam ni, nak tulih cerita susah nak karang. buat pada semua bahagian. dan akhirnya akan jadi  seperti di bawah.



Isnin, 11 Mac 2013

Kirigami

Di Malaysia, ramai orang hanya mengenali origami, tetapi tidak kenal apa itu kirigami.
Kirigami ialah seni lipatan kertas juga tetapi ia perlu dipotong dan dilipat untuk mendapat bentuk tertentu. Kirigami juga dikenali paper folding dalam bahasa Inggeris. Bagi saya kirigami lebih menarik kerana kita bebas untuk berkarya, berbanding origami sukar untuk kita mencipta sesuatu bentuk yang baru. Di sini saya akan menunjukkan bebearapa kirigami yang telah berjaya saya hasil pada tahun 2012

Kirigami yang pertama saya hasilkan

Kirigami yang simple dan mudah untuk dipotong


Keretapi lama bukit bendera, Penang

bangunan bersejarah di Pulau Pinang


Origami Cube, Piramid dan Kotak segitiga

Walaupun nama blog origami, tetapi post tentang origami sikit saja, sebab sibuk dengan kerja lain. Di sini saya ingin berkongsi beberapa origami yang telah saya buat beberapa bulan yang lalu. nanti cara untuk menghasilkannya saya akan tunjukkan.

Sabtu, 2 Mac 2013

Bola sepak kita

Lama tak menulis kat blog nie....  sambil melayan Man Utd lawan Norwich. Seronok tengok game depa, passing tepat, laju dan cantik berbeza dengan liga kita di Malaysia. Tadi layan jugak JDT lwn Negeri 9, permainan jauh berbeza. Kenapa pasukan-pasukan di Malaysia tida boleh bermain dengan corak yang sama dengan pasukan luar. kalau kita tengok negara-negara lain disekitar pun permainan mereka dah meningkat dan mempunyai mutu permainan yang teratur dan mempunyai corak.
Pada pendapat saya untuk memajukan bola sepak negara, jurulatih perlu memberi penekanan yang lebih terhadap hantaran pendek. buktinya pasukan negara kita bermain caca marba, hantaran pun tidak tepat dan banyak yang tersangkut. Selain itu, terdapat pemain kita takut memegang bola dan ada juga yang menyimpan bola terlalu lama dan apabila membuat hantaran menjadi haru biru.....