Khamis, 31 Mei 2012

Jelajah Kelantan

Sudah 4 tahun tak ke Kelantan, memandangkan cuti sekolah saya dan keluarga membujat keputusan untuk melancong ke negeri Cik Siti Wan Kembang.ingatkan pergi hari biasa ( Selasa dan Rabu) manusia tak ramai, rupa-rupanya ramai jugak. Bertolak dari rumah pada pagi selasa, dan sampai Kota Bharu dalam pukul 2.30 petang... memandangkan perut dah lapar dan anak-anak pun merungut nak makan, carilah kami kedai makan.... kebanyakan kedai nampak tak begitu menarik. perut dah tak tahan singgah jugak kedai kat masjid Muhammadi, semua order nasi ayam, boleh la tahan sebab perut lapar, tapi ABC dia tak best, harap warna saja menarik, tapi x rasa apa, tawaq. kena kaut yang bawah baru ada rasa, macam mana nak makan?ingat nak tidur kat Hotel Ridel, tapi susah nak letak kereta. Ok lah, jom kita ronda-ronda cari hotel. Jumpalah dengan Hotel New Pacific, harga boleh tahan juga. Memandangkan nak raikan anak-anak, aku pilih juga hotel itu, memang berbaloi sebab anak-anak rasa seronok dengan suasana dalam bilik. yang best anak tanya "Ayah mana kipas?" sambil lompat-lompat atas katil. macam-macam telatah anak-anak.maklum lah orang kampung.Kalau di rumah nak suruh mandi pun susah, dekat hotel, sampai-sampai dah nak mandi. dia cakap ada kolam siap berenang lagi.dalam pukul 5 kami bertolak ke PCB, tak ada perubahan apa-apa. Nak parking punyalah susah, kereta banyak sangat.  Lama tak main layang-layang, beli lah satu kononnya untuk anak. Masa tak dibuang begitu sahaja, lepas makan colek, kami menuju ke pekan uptown Kota Bharu, banyak sungguh jersi Kelantan. Walaupun bukan penyokong aku beli satu untuk Muhammad Anas Zafri, terus pakai. Lawatan seterusnya ke medan selera Kota Bharu, belakang BSN, banyak stall tak buka, makanan yang ada pun sikit sahaja, ingat nak cari menu pelik-pelik. duduk nak minum, 2 minit tak datang tanya lagi, balik jelah.Kalau balik hotel mesti malas nak keluar dah, kereta di pandu ke Wakaf Cek Yeh, rupa-rupa mereka dah pindah tempat dan gerai-gerai pun tersusun. nak letak kereta pun susah, terpaksa pusing 2 kali. Anak-anak dah tidur, tak pergui rugi, usung jugalah. Memang seronok bershoping di situ terutamanya untuk kaum hawa. Aku tersesat dalam gerai-gerai itu, cari kereta tak jumpa.. berpeluh. 12.45 pagi sampai hotel, sembahyang dah terus lena....................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzhari kedua, destinasi pertama ke Pasar Siti Khadijah, tengok pelan gerai dia, untuk yang kain baju sahaja mempunyai lebih 800 gerai. kalau satu pasar ada berapa lot gerai. Sementara menunggu anak minum susu, sembang2 dengan mok cik yang niaga di situ, " Mok niaga disini sejak tahun 1986, 26 tahun dah sejak pasar dibuka". memang otai yang meniaga disitu, Kebanyakan di sebelah malam mereka buka gerai di Wakaf cek Yeh. Keropok mesti dibeli. Cuaca panas terik... berpeluh.Destinasi terakhir sebelum pulang, iaitu Pengkalan Kubur, tak berapa menarik, Ratau Panjang lagi best.Pukul 5 petang, perjalanan pulang. Alhamdulillah cuaca baik dan selamat tiba ke destinasi. Tapi yang menggerunkan perjalan dari Grik ke Taiping. Semasa perjalanan dari Grik ke Kuala Kangsar, ada satu jalan yang boleh terus ke Taiping dan Bagan Serai, signboard tulis 72km, ingat jalan kampung biasa la, rupa-rupanya hutan rimba lebih 20km. fuhhh .... dalam kepala otak memikirkan macam-macam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan