Sabtu, 19 Mei 2012

Hari ini, selepas balik dari ambil repot card anak aku kat Perkeso Seberang Jaya, lepas tu p cabut gigi anak sulong kat klinik di bandar perda. Gigi dia kena cabut sebab takut bila naik gigi baru nanti tak elok. gigi depan dia dah teruk. Syabas anis tak nangis langsung bila gigui dicabut.
Dalam perjalanan pulang singgah la nak beli tanah top soil selori, ingat nak tolong orang kiita berniaga. waktu aku sampai, semua pekerja rehat, tapi kat kaunter ada 2 orang. aku pun cakap nak beli tanah top soil, dia kata ada, tapi aku x nampak pun, dia ajak p tengok, memang ada tapi sikit sahaja. dia kata cukup selori, x palah aku tanya harga harga dan bayar duit. dia kata nanti dia hantar kalau tanah basah dia taknak hantar sebab susah nak buat kerja melekat. balik tengok paper metro, susu murah, apa lagi terus p tesco beli susu anak. balik rumah dia x hantar lagi. memandangkan esok cuti, aku tepon suruh dia hantar petang ni, ok dia kata sat gi dia hantaq. orang kheja dia un tepon la, nak tanya rumah kat mana dia nak hantar, lagi 15 minit dia sampai. tunggu punya tunggu x sampai-sampai. lebih 30 minit dia tepon habaq kata tanah x cukup sebab banyak ketoi batu dan dia akan hantar esok. aku pun setuju ja lah. sebab dah nak pukul 6.
Kesimpulannya, macam mana nak tolong bangsa sendiri, sebab selalu beli kedai bangsa sendiri mesti ada yang tak kena. Sebelum ni penah beli tanah dan benda lain kat orang lain, balik rumah x sampai 1 jam barang dah sampai. Peringatan kepada sesiapa yang menceburi bidang perniagaan, pelanggan mesti dijaga dan janji dikota, sebab produk dan perkidmatan yang baik akan menyebabkan perniagaan akan berkekal lama, jangan fikir untung cepat atau asal siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan