Sabtu, 13 Julai 2013

Penyapu Lidi

Ingat dulu masa zaman budak-budak, tolong emak raut lidi nak buat penyapu. Selalunya lepas ayah panggil orang naik pokok nyok. La ni dah payah nak cari orang naik pokok nyok. Orang dulu-dulu nyok sangat penting sebab nak buat minyak, nak buat santan. Dulu masa emak masih ada, mana makan minyak sawit, kami buat minyak sendiri, teruk juga nak dapat sebotol. Mula-mula kena kupas sabut, lepas tu kena belah, asingkan tempurung dengan isi, basuh dan bawa pi rumah mak lang untuk parut, sebab dia ada mesin. Bila dah parut, balik rumah isi dalam besen besar untuk perah pula. Selalunya nyok tu diperah sampai 3 kali. Santan yang dihasilkan akan disimpan dalam besen besar, dibiarkan semalaman. 
Keesokan paginya, santan yang disimpan tadi akan menjadi lapisan, lapisan yang atas diambil dan masukkan dalam kuali.
Pada masa tu rumah kami x ada dapur gas, masih guna dapur kayu. Kuali yang dipenuhi kepala santan tadi diletakkan di atas dapur untuk ditanak sehingga jadi minyak. Rasa-rasa lebih dari sejam sehingga dapat warna macam minyak.
Sudah jadi minyak, minyak tadi disimpan dalam botol, tetapi perlu dibuang tahi minyak.

Dah tersasar pulak, asalnya nak cerita penyapu lidi. Pagi tadi ingat nak buat kerja kat belakang rumah, tapi tanah basah sebab semalam hujan lebat, nak menyangkul pun tak syok. Tengok-tengok ada 3 pelepah nyok baru jatuh. teringat penyapu lidi dah tak ada, buat rajin sikit, ambil 2 pelepah untuk diraut dijadikan penyapu. hahahha.... tak salah dah 20 tahun lebih tak kerja ni. Nostalgia betul... ni lah hasilnya... sikit saja dapat