Ahad, 21 Oktober 2012

Penyakit Asma

Sambungan daripada tulisan yang lalu, saya ingin kongsikan cara-cara mengubati pesakit asma.
Tanda-tanda asma bagi kanak-kanak, kita boleh lihat pada perut atau pada lubang ditengkuk. Selalunya lubang pada tengkuk pesakit akan kelihatan berubang dalam semasa ia bernafas dan perutnya kelihatan berdenyut pantas tidak seperti keadaan normal. Untuk memastikan tahap keseriusan pesakit, anda boleh pndapkan telingan di dada pesakit, dan boleh mendengar bunyi yang kurang penat "hup hap hup hap". Kebanyakan pesakit kita boleh mendengar bunyi penatnya.
Apabila mengalami asma pesakit akan sukar untuk tidur dan ibu bapa jua menjadi kurang senang melihat anaknya.
Selalunya sebelum asma menjadi, tanda-tanda awal pesakit akan mengalami batuk-batuk.
Pengalaman saya semasa kecil, penat selalu menyerang pada waktu malam semasa hendak tidur, saya terpaksa tidur meniarap supaya bunyi tidak kuat. Abang saya akan membawa saya ke klinik untuk di nebulizer. kena sekali terus ok.
inhaler
aerochamber- digunakan bersama inhaler untuk kanak-kanak yang mengalami asma

Tetapi anak saya juga mengalami masalah asma, pada pandangan saya dia lebih sikit dari saya kerana sudah dua kali dia masuk ke hospital akibat asma. Ketika umur nya 2 tahun, dia batuk-batuk dan dibawa ke pakar kanak-kanak untuk dirawat, doktor mengatakan dia mengalami asma tetapi tidak serius, dan doktor memberi nebulizer dan beberapa jenis ubat, selepas itu keadaan kembali normal. Selang beberapa bulan keadaan yang sama berulang, tetapi buat tak kisah, ingatkan batuk biasa, beli ubat batuk di farmasi, makan tidak sembuh. tukar ubat lain pulak sama jugak. akhirnya ke hospital. Di Hospital dia di suruh pakai nebulizer sehingga tiga kali, tetapi tahap oksigen di dalam badan berada di bawah tahap normal, dan keadaannya tidak bermaya. Akhirnya di suruh masuk ke wad kanak-kanak lebih daripa 3 hari. Keadaan kembali normal dan perlu memakai inhaler setiap hari dan perlu menjalani rawatan susulan. Mula-mula ikutlah jadual, lepas tu dah lega elok buat tak tahu sajalah.
nebulizer

lama juga dia tak kena serang, bila kena serang terus bawa ke klinik untuk di nebulizer,pastu ok dok dua tiga hari jadi balik.kesian kat dia tidur pun tak selesa.
Pesanan saya kepada ibu bapa, jika anak anda mengalami tanda-tanda asma cepat-cepat bawa ke hospital, kerana kemudahan di hospital lengkap dan mereka tidak kedekut ubat, dan boleh ulang-ulang sehingga keadaan menjadi sediakala. kalau pi klinik swasta nak tambah kena tambah duit pulak pastu dos ubat tak sama. Selain itu, di hospital doktor memeriksa kandungan oksigen dalam badan pesakit.
Jangan sesekali menangguh untuk pergi merawat kerana kalau berpanjangan inhaler dah tak berkesan, Kalau silap-silap kena tahan masuk wad.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Penyakit Asma

Penyakit asma atau lelah ada satu penyakit yang ramai juga orang yang menghadapinya. Sesetengah orang sakit asma ini terjadi pada ketika kanak-kanak dan ada juga terjadi semasa dewasa.
Dahulu saya juga adalah salah seorang pesakit asma. Sakit asma akan menyerang saya apabila saya makan makanan yang berperisa seperti minuman dalam kotak. Tetapi saya makan aiskrim tidak mengapa. Menurut doktor, sakit ini datang disebabkan alahan dari beberapa faktor kerana setiap pesakit mempunyai alahan yang berbeza. Antara faktor-faktor asma ialah:
  1. Persekitaran - ramai pesakit asma sangat sensitif apabila terdedah kepada cuaca yang sejuk. Bagi ibu bapa yang anaknya mengidap asma jangan memasang kipas angin terus kepada pesakit walaupun semasa dia sihat. Biarkan kipas itu berputar-putar. Angin yang dihasilkan oleh kipas adalah kuat dan menyebabkan pernafasan terganggu dan menyebabkan penat boleh terjadi. Perkara ini terjadi pada anak saya sendiri, jika kipas dipasang kuat dan menghala kepadanya, dia akan mula batuk-batuk. Bagi pesakit asma batuk adalah punca asma akan menyerang. Pesakit asma juga perlu menjauhi diri daripada orang yang sakit batuk.
  2. Pemakanan - Sesetengah pesakit asma sangat sensitif pada benda yang sejuk seperti minuman sejuk dan ais krim. Jika anda alah kepada benda ini cuba elakkan. Kadang-kadang minuman biasa pun boleh menyebabkan asma, oleh itu pesakit asma digalakkan minum minuman suam. Makanan berperisa terutamanya makanan ringan seperti snek-snek mengandungi banyak bahan-bahan yang sensitif untuk pesakit asma. Buah-buahan juga boleh mengundang kepada penyakit asma terutama buah yang sejuk seperti tembikai, rambutan, jambu air dan mata kucing.
  3. Bersukan atau bermain - Sesetengah pesakit asma, asma akan menyerang ketika dia bermain. oleh itu, pesakit asma perlu berhati-berhati semasa melakukan aktiviti sukan. Semasa sekolah saya mempunyai  sakit asma, apabila saya bermain saya tiada masalah dan merasa pernafasan lebih selesa begitu juga kepada anak saya.

Isnin, 15 Oktober 2012

Insuran kenderaan

Sebelum ini pernah menjual kereta tetapi tidak tahu pula insuran kereta yang lama boleh di ambil bakinya.
Apabila kita tukar kereta baru, kita boleh memindahkan NCD kepada kereta baru dan perlu membayar jumlah NCD yang telah diberi oleh pihak insuran semasa proses pembatalan NCD.
Selalunya semasa menukar kereta baru, penjual kereta membenarkan kita menggunakan kereta lama dahulu sebelum kereta baru keluar. Sebenarnya kita boleh membuat pembatalan insuran tetapi bahaya jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan atau kecurian.
Apabila kereta telah diserah kepada pihak lain maka kita perlu membatalkan insuran dan pihak insuran akan membayar balik wang untuk bulan-bulan berbaki. Contohnya, jika insuran tamat pada bulan Februari 2013, dan anda menjual kereta pada Oktober 2012. maka insuran hanya dikira sehingga bulan Oktober 2012 dan anda boleh menuntut wang untuk bulan berbaki.

Ahad, 14 Oktober 2012

Mahir Sifir

Malam ini tiba-tiba teringat masa mengajar matematik, ramai pelajar terutamanya pelajar melayu lemah matematik kerana tidak mengingati sifir. Pengamalan saya, semasa mengajar tentang sesuatu tajuk, kebanyakan pelajar faham, diberi contoh mereka boleh mengikutinya. Tetapi apabila soalan diubah sedikit pelajar-pelajar mula gelabah dan kiraan yang dibuat salah atau mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya.
Sifir sebenarnya perlu dihafal atau diingati dengan beberapa teknik yang telah diajar oleh guru di sekolah. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan dalam bidang masing-masing. Kelemahan yang ada perlulah diperbaiki dengan memperbanyakkan latihan dan menggunakan kaedah yang betul untuk menguasainya. 
Saya mengajar di sekolah menengah dan mendapati kebanyakan pelajar lemah matematik berpunca dari tidak ingat sifir. Apabila ditanya sifir yang susah mereka terus berkata tak ingat atau tak tahu. Sebenarnya mereka ini malas hendak berfikir dan mengira. 
Pernah saya menguji pelajar kelas belakang disebuah sekolah, langkah pertama saya menyuruh mereka menyelesaikan soalan operasi tambah. semua pelajar tidak mempunyai masalah malah memperlekehkan soalan yang diberi " senang saja cikgu". selepas itu diberi pula soalah operasi tolak... 3/4 boleh menjawab dengan baik.
Langkah ke tiga saya menguji soalan darab dalam bentuk lisan, pelajar hanya perlu menulis jawapan sahaja apabila soalan diberi secara lisan. Semua pelajar menggelabah, ada yang tidak menulis jawapan, ada yang salin soalan yang saya baca dan ada yang nak tunjukkan pandai rujuk sifir yang ada pada belakang buku latihan. 
Di dalam kelas tersebut ada seorang pelajar yang lemah dan membaca tidak lancar. Setiap minggu dia menolong bapa saudaranya berniaga bawang di pasar pagi. Semasa di tanya soalan sifir tadi dia tidak menjawab tetapi saya bertanya kepadanya dalam situasi jual beli. Saya bertanya kepadanya berapakah harga bawang besar sekilo, bawang kecil sekilo." berapa ringgit kah jika membeli 3 kilo bawang besar dan 2 kilo bawang kecil". sekejap saya dia memberi jawapan yang tepat.
Ini bermakna sifir boleh dilatih dengan mendedahkan ia dengan kehidupan hari dan dijadikan sebagai amalan. Contohnya:-
1. Semasa membeli barang di kedai atau pasaraya, setiap barang yang diambil dikira jumlahnya secara congak walaupun hanset ada kalkulator. Dengan cara ini kita dapat belajar mengira secara pantas dan tepat. bagi ibu bapa masa ini mereka boleh melatih anak mereka mengira. Selain itu, dengan mengira bersama dapat mengelakkan kita ditipu, terutama semasa membeli barang yang ditimbang. sesetengah peniaga meletakkan harga sesuka hati.
2. Semasa memandu ibu bapa boleh menguji anak-anak dengan menambah atau mendarab nombor plat kenderaan, mengira jumlah kilometer dan sebagainya.
3. Semasa di rumah, semasa bersama anak-anak ibu selalu menguji anak-anak dengan sifir secara sepontan. ini akan melanjarkan pengiraan anak-anak semasa menjawab soalan matematik. Jika ibu bapa tidak ingat sifir juga, mereka boleh melihat sifir dan menyoalkan kepada anak-anak. Kaedah ini diulang-ulang sehingga anak mengingati sifir dengan pantas.


Rabu, 10 Oktober 2012

Origami Cube

Semalam, saya explore internet cari origami modular. Saya terjumpa cara membuat origami berbentuk kiub. nanti saya akan kongsikan origami yang telah saya hasilkan.

Khamis, 4 Oktober 2012

Origami PertamaKu (sampan)

Tak salah aku, origami pertama yang aku buat adalah sampan, masa tu sekolah rendah kot.  Cara nak buat sampan ni senang saja. ikut langkah-langkah yang saya berikan beserta gambar
 1. Sekeping kertas( saiz apa pun tak apa) di lipat dua.
 2. lipatan tadi, dilipat sekali lagi seperti gambar di atas.
 3. lipat kedua-dua bahagian sehingga jadi begini.
 4. Hujung kertas, di lipat pada bucu
 5. pada bucu tadi dilipat sekali lagi seperti di atas, lipatan mestilah sama dengan tepi kertas.
6. ulangi langkah yang sama pada bucu yang sebelah lagi
 7. lipat dari bahagian atas kertas menjadi seperti di atas
 8. ulangi langkah 4 hingga 7 pada bahagian yang satu lagi. maka lipatan sudah siap
 9. lipatan tadi perlu dibuka perlahan-lahan.

 10. kemaskan supaya menjadi seperti sebuah sampan.


Origami


Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mulai diperkenalkan pada abad pertama di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang dibuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk menjadikan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal dari Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.

Isnin, 1 Oktober 2012

AutoCAD

Hari mengajar budak tingkatan 4 AutoCAD. Seronok tengok semangat pelajar2 nak blajaq autoCAD. ramai yang bawa laptop sendiri, tapi malangnya tak boleh install.

Origami

Bagi saya origami merupakan satu kraf tangan yang dapat menajamkan minda dan menguji kesabaran seseorang serta menunjukkan tahap kekemasan.
Masuk ke sekolah baru, saya telah diberi tugas untuk mengajar subjek pendidikan Seni Visual. Sebelum ini dah pernah ngajar tapi sekejap sahaja... saya memang meminati bidang seni ini. Dulu masa sekolah rendah sampai ke sekolah menengah hobi saya melukis, habis buku-buku kaka yang disimpan digunakan untuk melukis. hobi ini berlanjutan sehingga masuk U.
mengajar seni memang menyeronokkan terutamanya pada pelajar-pelajr yang berminat, kelas pertama saya saya ajar pelajar teknik melukis buah-buahan, seronok semua melukis denga baik, tetapi ada juga yang melukis sekadar siap. pelajar ini yang membuatkan tidak seronok. bila ditanya kenapa tak cantik dia cakap tak pandai melukis. Berdasarkan lukisan pelajar ini mereka malas dan nak cepat siap.
Kelas untuk minggu kedua, saya memberi gambar burung kepada setiap pelajar, mereka disuruh meniru gambar tersebut.... keadaannya sama, semua melukis tetapi nak cepat siap, maka lukisan yang dilukis tidak mempunyai unsur-unsur seni.
dah ngantuk... jumpa lagi... nanti saya akan muatkan banyak gambar-gambar origami yang saya buat...