Sabtu, 21 Julai 2012

Cara memotong papan lapis

sudah mencari kedai hardware yang menjual playwood yang ada warna seperti hitam ,putih , merah dan lain-lain. Tanya kawan yang mengajar perabot dia cakap kat BM ada kedai yang jual barang tu.
Sabtu lepas dah pergi, tapi kedai tutup sebab hari Gabenor.
Semalam aku pergi dengan meminjam kereta abang aku, sebab kereta aku tak muat, sebab papan tu saiz dia 4 *8. aku pun suruh apek tu potong, tapi dia suruh aku potong sendiri. rupa-rupanya senang sahaja, hanya guna pisau (cutter). tiga kali guris dah boleh patah. 
pengalaman yang sangat bermakna, tidak perlu alat yang mahal.
Proses membuat kabinet pun bermula.....

Isnin, 16 Julai 2012

Iman kena Penat

Keadaan anakku Iman tak beberapa sihat sejak beberapa hari, tetapi dia aktif tak nampak macam orang penat. Kalau dengar bunyi masa dia tidur memang kesian. Pergi klinik buat nap pun tak jadi apa.
Hari Ahad petang suruh isteri bawa dia pergi hospital untuk buat nap dan kena tahan kerana kandungan oksigen dalam badan hanya 90 lebih.
Malam hantar dia pergi Hospital Seberang Jaya, terpaksalah isteriku ambil cuti rehat. dan aku menjaga dua orang lagi anak aku, nasib baik semalam Muhammad tak ngangis malam dan tidur pun lena.
Hari ini pergi melawat Iman tetapi keaadaan nya tetap macam biasa... macam mana nak buat?
esok aku ambil cuti untuk jaga Iman kat hospital dan isteri ku pergi kerja. Di sekolah tadi ustaz bagi petua ungtuk hilangkan penat atau asthma iaitu mencampurkan sedikit madu dalam air zam-zam. esok nak cari air zam-zam dan madu.