Ahad, 17 Jun 2012

Pemasangan Tile

Dah beberapa minggu tidak menulis, sibuk memasang tile kabinet dan bilik air.
Seminggu cuti sekolah dihabiskan dengan buat kerja ini. Mula-mula pasang tile pada dapur dan sinki dapur, Alhamdulillah berjaya, hasil nya boleh la tahan sebab baru pertama kali. Sebenarnya nak pasang tile perlu banyak pengetahuan. Tengok orang pasang memang senang, bila pasang sendiri baru tahu.
Hari balik kampung isteri, tengok orang pasang tile kat rumah abang ipar, tengok dia buat kerja, tanya dia sikit , lepas tu balik study kat youtube.
Pasang tile memang jadi seronok, sampai makan pun lupa. paling malas nak bancuh simen. Lepas tu buat bilik air pulak, makan masa 5 hari juga.
Persekolahan pun bermula, ingat lepas balik sekolah boleh la sambung buat jamban pula, tak sempat sebenarnya, kalau buat sikit-sikit buat penat basuh tangan saja dan kerja lain tak jadi. Cuti Sabtu  dan Ahad ni memang dihabiskan untuk buat kerja ini. Hari ini selesai, dan bilik air dan jamban boleh diguna secara rasminya.

Misi seterusnya untuk memasang tile, bilik air yang satu lagi, hari kerja-kerja menukar paip galvani ke paip PVC, sebab nak tanam paip dalam dinding. kerja tu nampak sukar, tapi dari pengalaman yang lalu kerja tersebut menjadi mudah.... perengkuh paip pinjam dekat jiran. Terima kasih Pak Long Ei.
Kesimpulan dari buat kerja-kerja ini, kita perlu ada ilmu dan perlu bertanya kepada tukang yang mahir buat, tengok hasil kerja orang kita tak nampak. Hari tu tengok rumah abang ipar, kata kat orang lambat lah, buat sendiri baru tahu. Lagi satu, jangan dengar sangat cakap kedai hardware, buat tau apa pun, dia tahu jual barang sahaja. tanya tukang yang mahir dan pengalaman.