Khamis, 31 Mei 2012

Jelajah Kelantan

Sudah 4 tahun tak ke Kelantan, memandangkan cuti sekolah saya dan keluarga membujat keputusan untuk melancong ke negeri Cik Siti Wan Kembang.ingatkan pergi hari biasa ( Selasa dan Rabu) manusia tak ramai, rupa-rupanya ramai jugak. Bertolak dari rumah pada pagi selasa, dan sampai Kota Bharu dalam pukul 2.30 petang... memandangkan perut dah lapar dan anak-anak pun merungut nak makan, carilah kami kedai makan.... kebanyakan kedai nampak tak begitu menarik. perut dah tak tahan singgah jugak kedai kat masjid Muhammadi, semua order nasi ayam, boleh la tahan sebab perut lapar, tapi ABC dia tak best, harap warna saja menarik, tapi x rasa apa, tawaq. kena kaut yang bawah baru ada rasa, macam mana nak makan?ingat nak tidur kat Hotel Ridel, tapi susah nak letak kereta. Ok lah, jom kita ronda-ronda cari hotel. Jumpalah dengan Hotel New Pacific, harga boleh tahan juga. Memandangkan nak raikan anak-anak, aku pilih juga hotel itu, memang berbaloi sebab anak-anak rasa seronok dengan suasana dalam bilik. yang best anak tanya "Ayah mana kipas?" sambil lompat-lompat atas katil. macam-macam telatah anak-anak.maklum lah orang kampung.Kalau di rumah nak suruh mandi pun susah, dekat hotel, sampai-sampai dah nak mandi. dia cakap ada kolam siap berenang lagi.dalam pukul 5 kami bertolak ke PCB, tak ada perubahan apa-apa. Nak parking punyalah susah, kereta banyak sangat.  Lama tak main layang-layang, beli lah satu kononnya untuk anak. Masa tak dibuang begitu sahaja, lepas makan colek, kami menuju ke pekan uptown Kota Bharu, banyak sungguh jersi Kelantan. Walaupun bukan penyokong aku beli satu untuk Muhammad Anas Zafri, terus pakai. Lawatan seterusnya ke medan selera Kota Bharu, belakang BSN, banyak stall tak buka, makanan yang ada pun sikit sahaja, ingat nak cari menu pelik-pelik. duduk nak minum, 2 minit tak datang tanya lagi, balik jelah.Kalau balik hotel mesti malas nak keluar dah, kereta di pandu ke Wakaf Cek Yeh, rupa-rupa mereka dah pindah tempat dan gerai-gerai pun tersusun. nak letak kereta pun susah, terpaksa pusing 2 kali. Anak-anak dah tidur, tak pergui rugi, usung jugalah. Memang seronok bershoping di situ terutamanya untuk kaum hawa. Aku tersesat dalam gerai-gerai itu, cari kereta tak jumpa.. berpeluh. 12.45 pagi sampai hotel, sembahyang dah terus lena....................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzhari kedua, destinasi pertama ke Pasar Siti Khadijah, tengok pelan gerai dia, untuk yang kain baju sahaja mempunyai lebih 800 gerai. kalau satu pasar ada berapa lot gerai. Sementara menunggu anak minum susu, sembang2 dengan mok cik yang niaga di situ, " Mok niaga disini sejak tahun 1986, 26 tahun dah sejak pasar dibuka". memang otai yang meniaga disitu, Kebanyakan di sebelah malam mereka buka gerai di Wakaf cek Yeh. Keropok mesti dibeli. Cuaca panas terik... berpeluh.Destinasi terakhir sebelum pulang, iaitu Pengkalan Kubur, tak berapa menarik, Ratau Panjang lagi best.Pukul 5 petang, perjalanan pulang. Alhamdulillah cuaca baik dan selamat tiba ke destinasi. Tapi yang menggerunkan perjalan dari Grik ke Taiping. Semasa perjalanan dari Grik ke Kuala Kangsar, ada satu jalan yang boleh terus ke Taiping dan Bagan Serai, signboard tulis 72km, ingat jalan kampung biasa la, rupa-rupanya hutan rimba lebih 20km. fuhhh .... dalam kepala otak memikirkan macam-macam.

Sabtu, 19 Mei 2012

Hari ini, selepas balik dari ambil repot card anak aku kat Perkeso Seberang Jaya, lepas tu p cabut gigi anak sulong kat klinik di bandar perda. Gigi dia kena cabut sebab takut bila naik gigi baru nanti tak elok. gigi depan dia dah teruk. Syabas anis tak nangis langsung bila gigui dicabut.
Dalam perjalanan pulang singgah la nak beli tanah top soil selori, ingat nak tolong orang kiita berniaga. waktu aku sampai, semua pekerja rehat, tapi kat kaunter ada 2 orang. aku pun cakap nak beli tanah top soil, dia kata ada, tapi aku x nampak pun, dia ajak p tengok, memang ada tapi sikit sahaja. dia kata cukup selori, x palah aku tanya harga harga dan bayar duit. dia kata nanti dia hantar kalau tanah basah dia taknak hantar sebab susah nak buat kerja melekat. balik tengok paper metro, susu murah, apa lagi terus p tesco beli susu anak. balik rumah dia x hantar lagi. memandangkan esok cuti, aku tepon suruh dia hantar petang ni, ok dia kata sat gi dia hantaq. orang kheja dia un tepon la, nak tanya rumah kat mana dia nak hantar, lagi 15 minit dia sampai. tunggu punya tunggu x sampai-sampai. lebih 30 minit dia tepon habaq kata tanah x cukup sebab banyak ketoi batu dan dia akan hantar esok. aku pun setuju ja lah. sebab dah nak pukul 6.
Kesimpulannya, macam mana nak tolong bangsa sendiri, sebab selalu beli kedai bangsa sendiri mesti ada yang tak kena. Sebelum ni penah beli tanah dan benda lain kat orang lain, balik rumah x sampai 1 jam barang dah sampai. Peringatan kepada sesiapa yang menceburi bidang perniagaan, pelanggan mesti dijaga dan janji dikota, sebab produk dan perkidmatan yang baik akan menyebabkan perniagaan akan berkekal lama, jangan fikir untung cepat atau asal siap.

Salam

Sementara menunggu final Champion League antara Bayern dan Chelsea.... tak tahu apa nak buat. Pikiaq punya pikiaq, lebih baik aku buat blog aku sendiri untuk memuatkan benda benda yang menarik yang boleh dikongsikan bersama di alam maya ini.
Tahniah kepada pasukan kelantan kerana menang piala FA 2012. tapi game malam ni tak berapa menarik, kerana x nampak macam final.
Hari ini meningkat lagi satu tahun umur aku, rasa diri ini macam dah tua, maka perlu di perbanyakkan amalan yang baik dan tinggal perangai yang macam budak2. Seronok dapat ucapan dari kawan-kawan dan murid-murid dalam facebook... dulu nak dapat sorang wish pun susah... zaman telah berubah.